Monday, December 8, 2014

#KisahTidakSuksesBAD - Mahu Makan Laksa

9 Disember 2014 - Mahu Makan Laksa

Kekanda saya, Puan Khairulaniza Khairuddin, adalah jurulatih bertauliah yang menyampaikan berkenaan Teknik Nabi Muhammad dan Teknik Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTs). Beliau sering dijemput berceramah dan berbengkel di seluruh Malaysia.

Kali ini, beliau dijemput ke Kedah. Beliau berkongsi gambar beliau dan rakan-rakan bengkel menikmati laksa Perlis dan pulut panggang.


Saya dan isteri, Ustazah Siti Khadijah, memang penggemar laksa, terutamanya laksa Utara. Sepanjang kami kembara berbengkel Teknik Nabi di merata tempat, hampir semua jenis laksa kami pernah cuba. Cuma, laksa Perlis sahaja belum berkesempatan.

Lihat ayat saya, "Di mana, di mana?" Koh koh koh...


Semasa menulis komen itu, saya belum terdetik mahu makan di sana. Walaupun Sabtu 13 Disember iaitu lagi 4 hari kami akan ke Perlis, saya fikir tentu tidak sempat sebab jadual kami padat sangat.

Saya sedang membeli makan malam ketika itu. Sebaik saja Puan Aishah Rashid komen tempat itu tempat rahsia dan ia adalah berkat BAD, saya pun BAD mahu pergi ke sana. Saya sedang mahu membayar makanan.Validate...Validate...

Tiba-tiba notifikasi masuk. Komen daripada Puan Wan Shafini Farid, beliau akan membawa kami ke sana sebaik selepas bengkel 13 Disember nanti.

Allahu Akbar! Baru 1 saat BAD, sudah dapat green light daripada Allah untuk ke sana. Allah sangat baik. Dia tahu kami sukakan laksa. Terima kasih Allah.

Nota : Kisah ini belum ditag sebagai #KisahSuksesBAD kerana ia belum berlaku.

=====
Kemaskini: Di Perlis tempoh hari, kami tidak sempat makan laksa Perlis kerana kesuntukan masa. Allah gantikan makan roti nan dengan ayam tandoori dan spageti carbonara.

No comments:

Post a Comment