Monday, November 17, 2014

#KisahSuksesBAD - Terkunci di Luar Pejabat

#‎KisahSuksesBAD‬ 17 11 14 (Isnin) Terkunci di luar pejabat.

Semalam, saya pulang dari Seremban menuju ke ofis saya di Nilai. Saya berhajat untuk tidur di ofis sambil menyiapkan beberapa tugasan.

Setibanya di ofis, dengan mengangkut segala mak nenek laptop, sampai ke tingkat 3. Baru saya teringat, kunci ofis sebenarnya dipinjam oleh rakan saya yang hadir ke mesyuarat Jumaat lepas. Kunci ada di dalam!

Aduh! Saya tepuk dahi. Saya pun submit kepada Allah supaya dapat juga hack kunci dan pintu dapat dibuka. Selepas mencuba beberapa lama dengan berpeluh-peluh ibarat bermain tenis dalam sauna, akhirnya tidak dapat juga.

Saya pasrah. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidur di rumah ayah di Nilai. Asalnya tidak mahu ke sana bimbang mengganggu mereka jika mereka sudah tidur. (Rujukan kisah 3 pemuda dalam gua)

Pagi ini, saya pinjam kunci ayah (ayah dan saya satu ofis NGO). Kemudian, saya pun lakukan sebagaimana semalam (mak nenek laptop) kunci tidak terbuka. Allahu! Saya harus siapkan kerja saya pagi ini.

Saya berdoa lagi supaya Allah mudahkan. Dua kali saya mencuba membuka pintu. Kemudian, saya dapat ilham. Saya turun ke bawah berjumpa pekerja freelance rumah ayah yang sering berada di sekitar kawasan ofis.

Saya adukan masalah saya. Meminta beliau hack kunci pintu ofis.

Dengan selamba dia berkata, "Saya ada kunci ofis. Mari saya bukakan!"

Allahu...Mudah sahaja Allah perkenankan apabila tiba masanya. Seminit sahaja!

Saya belajar tiga perkara:
1) Allah akan perkenankan permintaan kita apabila tiba masa yang sesuai.
2) Allah mahu saya dapat pahala ziarah ibu bapa dan cium tangan mereka sebelum pergi kerja.
3) Saya kurang sihat, maka perlu tidur di atas katil. Di ofis biasanya saya tidur di atas tilam.

 Alhamdulillah. Semakin yakin kepada Allah.
Allah itu kaya. Sebanyak mana pun kekayaan yang kita minta, sedikit pun tidak akan mengurangi kekayaan Allah, malah bertambah-tambah pula.